Tuesday, April 23, 2013

HARGA CENDAWAN TIRAM KELABU ( 1 KG = RM 10 )

CENDAWAN TIRAM KELABU  
1 KG = RM 10 

Untuk sebarang tempahan.Sila isikan borang pesanan DIBAWAH

Friday, April 19, 2013

Proses Penanaman Cendawan ...



Cendawan didefinasikan sebagai organ pensporaan kulat yang boleh dimakan. Ia mengandungi banyak protein,vitamin dan zat-zat galian seperti Kalium(K) dan Posforus(P) yang penting untuk kesihatan badan. Ia juga mempunyai rasa yang sedap. Selain daripada tumbuh semulajadi ,ada beberapa jenis cendawan yang boleh ditanam dan dibiakan.

Cendawan hidup dengan menumpang pada perumah seperti sisa tumbuhan atau bahagian tumbuhan yang telah reput dan menyerap zat-zat makanan daripadanya. Bentuk cendawan adalah pelbagai, tapi kebiasaanya ia mempunyai batang atau tangkai dan tudung yang berbentuk seperti payung.






1.PENYEDIAAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
  • Habuk Kayu Getah
  • Dedak Halus
  • Kapur Pertanian
  • Beg Plastik (tahan panas, saiz 8.5cm x 35cm)
  • Gegelang PVC (panjang 2-3cm, garis pusat 3cm)
  • Kapas/Surat Khabar Lama + Getah Pengikat


Cara:
1.Gaulkan habuk kayu getah, dedak dan kapur pertanian pada kadar 100:10:1
2.Campurkan air sehingga campuran habuk kayu lembab dan apabila dikepal tidak berderai.
3.Masukkan campuran habuk kayu getah ke dalam beg plastik dan hentak sehingga padat.
4.Pasangkan gegelang PVC dan tutup dengan penyumbat kapas atau ditutup dengan kertas
surat khabar lama dan diikat dengan getah.

2. PENGUKUSAN BEG CENDAWAN
Bahan/Peralatan:
  • Tong Drum,Set Dapur Gas

Cara:
1. Letakkan lapik (dari bata atau kayu dan dawai jaring) ke dalam tong drum setinggi 20cm.
2. Isikan air ke dalam tong drum bawah sedikit daripada pelapik tadi.
3. Susun menegak beg-beg cendawan yang telah siap ke dalam tong drum dan tutup rapat.
4. Kukus 5-6 jam.
5. Sejukkan sebelum disuntik benih.


3. PENYUNTIKAN BENIH

Bahan/Peralatan:
  • Benih Cendawan
  • Pencungkil Benih

cara :
1.Penyuntikan benih ini hendaklah dilakukan di dalam keadaan bersih.
2.Hancurkan benih cendawan dengan pencungkil.
3.Buka mulut beg cendawan dan masukkan benih cendawan sebanyak satu sudu besar dan tutup kembali       mulut beg cendawan.
4.Susun beg cendawan secara menegak di tempat yang redup dan sejuk (terlindung daricahaya matahari)
5.Biarkan maisiliam tumbuh hingga memenuhi keseluruh beg cendawan (30-40 hari selepas disuntik benih).


4.MEMUNGUT HASIL

1.Setelah maisilium memenuhi keseluruh beg cendawan, susunkan ke atas rak dengan cara merebahkannya.
2.Buka mulut beg cendawan dan tunggu hingga hasil pertama keluar (2-4 hari selepas dibuka).
3.Sembur air dengan percikan yang halus pada waktu pagi dan petang untuk meninggikan kelembapan dan merendahkan suhu.
4.Pungut cendawan yang telah berkembang sebelum tepi kelilingnya menjadi berombak-ombak.
5.Tutup kembali beg cendawan yang telah dipungut hasil dan tunggu hingga 7-10 hari untuk dibuka kembali.


5. PENJAGAAN BEG CENDAWAN SEDIATUAI

1.Baringkan beg cendawan di tempat yang lembab dan teduh.
2.Rehatkan 7-10 hari, sambil itu siram bahagian luar beg,jika keadaan cuaca kering an panas.
3.Setelah 7-10 hari buka penutup beg cendawan dan biarkan 2-3 hari untuk pengeluaran hasil
yang pertama. Jangan siram atau sembur air pada cendawan-cendawan kecil yang baru tumbuh. Biarkan ia membesar sehingga cukup mengembang (sebelum tepi cendawan berombak).
4.Petik cendawan dengan cara menarik keluar kesemua rumpun cendawan.
5.Bersihkan bahagian mulut beg cendawan dan sembur sedikit air. Tutup semula mulut beg cendawan.
6.Rehatkan selama 10 hari dan jalankan penjagaan seperti no.2 dan seterusnya.
7.Hasil boleh dipungut sebanyak 5-6 kali bagi setiap beg cendawan.
8.Beg-beg cendawan yang hendak dibuang boleh juga dipecah-pecahkan dan ditabur
sekeliling pokok sebagai baja organan.

Saturday, March 30, 2013

Kelebihan cendawan dari sudut kesihatan

Di Malaysia kini hanya ada 10 orang pakar cendawan, sekiranya bilangannya lebih ramai, ia mungkin dapat merancakkan ekonomi negara dan tidak semata-mata bergantung kepada import cendawan dari China.

Bayangkan di China sahaja terdapat lebih 100 pusat penyelidikan cendawan.

Negara kita hanya mengeluarkan 24,000 kilogram cendawan sedangkan permintaan sebenarnya ialah 50,000 kg.

Jika penanaman cendawan dapat dikomersialkan lagi kita tidak perlu mengimportnya. Selain itu, penambahan pusat penyelidikan baru mungkin dapat menghasilkan penemuan baru khasiat cendawan.

Asal cendawan cukup unik. Ia dikatakan ditemui oleh penduduk desa Perancis sebagai sumber makanan dan perubatan pada ratusan tahun dahulu. Mereka menanamnya di gua kerana tumbuhan itu memerlukan suhu yang lembap dan sejuk.

Malah rekod sejarah awal China menunjukkan cendawan digunakan untuk perubatan tradisional dan pada lukisan klasik China. Alat kebesaran maharaja turut mempunyai corak cendawan.

Cendawan sebenarnya mempunyai banyak khasiat dari sudut perubatan.

Ia mampu memulihkan penyakit batuk, merawat gastrik dan mengawal tekanan darah kerana ia kaya dengan zat besi, mineral dan amino serta antioksida.

Kini dianggarkan terdapat 15,000 jenis cendawan daripada 1.5 juta kulat yang wujud. Tetapi terdapat ratusan ribu lagi yang belum ditemui dan tidak mempunyai nama.

Menyentuh mengenai komersialisme cendawan pada masa hadapan, tidak mustahil terdapat aiskrim cendawan dan coklat cendawan yang dijual di pasaran.

Jika sekarang terdapat minuman cendawan dalam tin, tidak mustahil tidak lama lagi kanak-kanak dapat merasai kelazatan aiskrim cendawan.
                                                                                                                                                                         

Khasiat Cendawan Part II


Cendawan selalunya dianggap sebagai kulat yang berkhasiat dan sedap rasanya. Ia merupakan makanan yang menyihatkan yang mengandungi asid amino, mineral, vitamin, dan banyak protein dengan lemak yang rendah.






Kebanyakan cendawan mengandungi beta-karotena yang dapat bertukar menjadi vitamin A. Maka cendawan juga digelar "khazanah vitamin A".

Menurut hasil kajian, selain ciri-ciri tersebut, cendawan juga mempunyai lima kelebihan, seperti yang di bawah ini:

1. Hanya 20 kalori
Khasiat cendawan bermanfaat bagi kesihatan jantung kita dan juga dapat meningkatkan daya keimunan tubuh badan manusia. Sepiring cendawan hanya mengandungi 20 kalori. Jumlah in jauh kurang daripada sepiring puding.


2. Rasanya sedap
Cendawan mempunyai rasa yang amat sedap dan ia sesuai dimasak atau dicampur dengan makanan lain, menjadi sejenis perasa yang enak.

3. Mengandungi banyak vitamin D
Cendawan kaya dengan vitamin D, iaitu vitamin yang tidak ada pada sayur-sayuran dan buah-buahan lain. Ia amat baik bagi kesihatan tulang dalam badan kita.


4. Fungsi anti-oksida
Fungsi anti-oksida cendawan ini sama dengan sayur-sayuran yang berwarna-warni, seperti zucchini, lobak merah, kubis bunga dan paprika.

5. Pengganti beras dan roti
Berdasarkan anggaran yang dibuat, jika kita memakan 100 gram cendawan untuk menggantikan nasi goreng setiap kali makan, selama satu tahun, ia boleh mengurangkan 18 ribu kalori, iaitu dua kilogram lemak, meskipun kita tidak mengubah struktur makanan asalnya. :)

Khasiat Cendawan Part I


Tiada bahan kimia 
Tiada buangan haiwan 
100% organik 
Taman tertutup 
Amalan kebersihan dalam penanaman 
Khasiat tinggi 
Pemakanan sihat 
Sesuai untuk diet sayur 
Disukai kanak-kanak